Bengkel Tiny Techies Bersama NADI
7 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 6 Mac 2025, Khamis, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah menyertai Bengkel Tiny Techies Bersama NADI yang bermula daripada pukul 10:00 pagi sehingga 12:00 tengahari. Google Meet telah digunakan sebagai platform penyampaian bengkel tersebut.
Tujuan bengkel ini adalah untuk meningkatkan kemahiran teknologi, memupuk kreativiti dan inovasi serta meningkatkan keyakinan untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Bengkel ini bukan sahaja meningkatkan minat pelajar terhadap STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik), malah turut menggalakkan kreativiti serta kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan mereka.
Bengkel seperti ini diharapkan dapat menjadi platform bagi pelajar untuk meneroka dunia teknologi dengan lebih mendalam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: